Thursday, May 7, 2009

802.11

IEEE 802.11, selalunya terkenal dengan jenama Wi-Fi, merupakan set standard LAN tanpa wayar yang dibangunkan oleh kumpulan sekerja 11 IEEE LAN/MAN Standards Committee (IEEE 802). Terma 802.11x juga digunakan untuk mewakili set pertukaran kepada standard. Terma IEEE 802.11 juga digunakan untuk merujuk kepada 802.11 (1997) yang asli, yang kadang-kala dikenali sebagai "802.11 lama". Untuk aplikasi untuk standard tersebut sila rujuk Wi-Fi.
Get laluan kediaman Linksys dengan radio 802.11b dan suis ethernet 4-port.
Kad PCI Compaq 802.11b

Pada masa ini, keluarga 802.11 meliputi teknik modul atas udara yang menggunakan protocol yang sama. Teknik yang paling popular ialah yang diberi pengertian b/g dan merupakan perubahan kepada standard asli; keselamatan yang dikatakan lemah disebabkan campur tangan pelbagai kerajaan tentang keperluan eksport dan kemuadiannya diperbaharui melalui pembaharuan 802.11i. 802.11n adalah modul yang terbaru dan masih berada dalam peringkat percubaan oleh pemegang hakcipta.

Standard 802.11b dan 802.11g menggunakan gelombang 2.4 GHz (gigahertz) yang beroperasi di di bawah Part 15 dalam peraturan FCC. Oleh sebab pilihan dalam gelombang, peralatan 802.11b dan 802.11g sering terganggu akibat penggunaan oven mikrogelombang, telefon tanpa wayar, perkakas Bluetooth, radio amatur dan pebagai peralatan yang menggunakan gelombang yang sama.

Segmen frekuensi radio yag digunakan berbeza bagi setiap negara. Namun, apa yang pasti, gelombang radio 802.11b/g boleh digunakan tanpa perlu mengemukan lesen yang tertentu kepada

2 comments:

  1. ini amik dr wikipedia je...xtau nk cari kt mne lg

    ReplyDelete
  2. good start....but still not enough detail..

    ReplyDelete