Wednesday, May 13, 2009

CARA MENGGUNAKAN WI-FI

CARA MENGGUNAKAN WI-FI

1. Anda memerlukan talian broadband

2. Anda memerlukan stesen pengkalan (base station) - Membeli peralatan dan perkakasan berasaskan 802.11g.

3. Membeli kad klien - Kad untuk laptop dan desktop ada dijual di kawasan-kawasan hotspot terutamanya di Cyberjaya. Untuk pemilik Apple, carikan kad yang berjenama Airport Extreme. Seperti yang saya nyatakan tadi, kemungkinan PC, notebook dan Apple yang bakal anda beli telah mempunyai ciri-ciri Wi-Fi secara built-in.

4. Pemasangan Jaringan – plagkan talian Internet ke stesen pengkalan dan pasangkan kad klien ke komputer/laptop. Kemudian pasangkan pengkalan dan beberapa saat kemudian anda boleh memulakan pelayaran. Sekiranya anda gagal mendapatkan Wi-Fi, kemungkinan anda telah memasukkan maklumat yang kurang tepat mengenai ISP ke dalam program setup stesen pengkalan. Semak arahan manual/buku panduan. Berikan nama yang sesuai kepada jaringan anda selain ‘default’.

5. Berada di lokasi yang sesuai – tanpa sekatan/halangan seperti dinding dan sebagainya. Jika anda menggunakan antena pada pengkalan, cuba betulkan ke arah yang sesuai. Sesetengah organisasi di US ada menjual penguat isyarat (booster). Biasanya kad Wi-Fi terdiri daripada 30-100 milliwatt.

6. Kata Laluan – anda memerlukan kata laluan kerana penggodam zaman Wi-Fi adalah lebih canggih kerana godaman kini boleh dilakukan tapa wayar. Aktiviti sniffing secara wayarles mampu mencuri maklumat mengenai kad kredit dan lain-lain.

7. Jaringan Peribadi Maya (VPN) – dengan pemasangan VPN, anda lebih selamat menggunakan Internet menerusi encrypted pipeline dari komputer menerusi stesen pangkalan ke gateway yang dikawal ketat oleh ISP atau kalau anda di pejabat, ianya ‘dijaga’ menerusi bilik pelayan/server.

No comments:

Post a Comment